Saturday 29 November 2008

Kemudahan Kempas Homestay

Taman Tema air yang semakin popular ~The Carnival
pasar malam yang menjual pelbagai jenis makanan

kemudahan memasak yang disediakan




Kempas Homestay telah menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh para penginap. antaranya;

  • kemudahan memasak disediakan buat pengunjung dan membolehkan pengunjung memasak sendiri. Mungkin anda lebih suka memasak daripada membeli.

  • Keperluan perabot yang selesa~meja makan & set sofa serta televisyen disediakan

  • Disamping itu, bilik untuk menginap selesa untuk satu keluarga, 3 buah bilik, sebuah untuk pasangan dan dua buah untuk katil bujang

Apa sebab anda ingin menginap di sini? Antara sebab -sebab anda patut menginap disini ialah;



  • Kempas Homestay berdekatan dengan Exit Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) ~Sememangnya bonus untuk anda yang datang dari Selatan Tanah Air

  • Selain itu juga, Kempas Homestay berdekatan dengan Pekan Sungai Petani yang mempunyai pelbagai pasaraya-pasaraya besar seperti Kamdar,The store,Giant dan sebagainya.

  • Anda mesti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersuka-ria di taman tema air~ THE CARNIVAL. Ini kerana Kempas Homestay juga berdekatan dengan taman tema itu.

  • Bagi mereka dimana anak atau saudara mereka menyambungkan pelajaran di MRSM Merbok, AIMST University atau UiTM Merbok, anda tidak mungkin melepaskan peluang ini kerana Kempas Homestay juga berdekatan dengan pusat pelajaran itu.

  • Selain itu , Kempas Homestay juga berdekatan dengan tapak pasar malam yang diadakan setiap hari Jumaat.

Jika anda berminat dengan tawaran-tawaran yang telah kami kenalkan, anda boleh menghubungi







No comments: